Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2018 SPA | Adakah anda pelajar lepasan SPM? Anda ingin bekerja di sektor kerajaan? Peluang permohonan kerja kerajaan terbuka kepada mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia tahun 2018. Untuk makluman, kini anda boleh membuat Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 bagi yang berkelulusan atau mempunyai kelayakan SPM/ SKM/ SVM. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman sesawang rasmi SPA sehingga tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2018.
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2018 SPA
Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan iklan jawatan kosong SPA bagi bulan Mac 2018 termasuk cara permohonan jawatan kosong Jabatan Imigresen Malaysia secara online :
● Pegawai Imigresen Gred KP19 (JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA)
Kekosongan : 415
● Deskripsi Tugas, Kelayakan dan Gaji : Pegawai Imigresen Gred KP19
Cara Permohonan Jabatan Imigresen Malaysia 2018 SPA Online
Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 secara dalam talian seperti di bawah :
● Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i secara online. Anda boleh rujuk panduan permohonan jawatan SPA disini.
● Aplikasi permohonan : http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Nota Penting :
1. Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.
2. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.
3. Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.
4. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan.
Iklan Jawatan Kosong Imigresen 2018 Terkini
Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2018 secara online di portal SPA. Semoga anda berjaya mendapat mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia.