Panduan Membeli No PIN UPU 2018/2019

Panduan Membeli No PIN UPU 2018/2019 | Adakah anda pelajar lepasan SPM atau STPM dan Setaraf? Bilakah tarikh Permohonan UPU sesi akademik 2018/2019? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan UPU sesi 2018 kemasukan ke UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti & ILKA? Untuk makluman anda, Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/19 akan dibuka bermula daripada 5 Februari 2018 sehingga tarikh tutup permohonan pada 10 April 2018. Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke UA/IPTA, pemohon boleh membeli no pin UPU 2018/2019 terlebih dahulu yang akan dibuka pada 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018.

Panduan Membeli No PIN UPU 2018/2019

Untuk pengetahuan anda, pembelian no pin UPU boleh didapati dengan dua cara iaitu melalui kaunter BSN atau mesin ATM BSN. Seperti tahun sebelum ini, harga seunit no pin UPU sesi akademik 2018/2019 berjumlah RM15.60 (tidak dikenakan caj GST). Disini KerjayaGraduan kongsikan cara membeli no pin UPU 2018 dengan mudah.

Panduan Membeli No PIN UPU 2018/2019

Berikut adalah maklumat tentang panduan membeli no pin unik UPU sesi akademik 2018/2019 termasuk senarai kategori permohonan :

1. Beli No Pin UPU di Kaunter BSN

Untuk cara ini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. Anda perlu isikan maklumat permohonan anda mengikut kategori masing-masing dengan lengkap. Pemohon perlu menyediakan wang berjumlah RM15.60 (tidak dikenakan caj GST) untuk pembayaran no pin UPU 2018/2019.

Setelah mengisi maklumat, anda perlu menunggu giliran untuk proses pembayaran di kaunter pertanyaan. Pastikan anda simpan nombor PIN UPU dengan sebaiknya untuk membuat permohonan UPU secara online di portal rasmi UPUOnline.

2. Beli No Pin UPU di Mesin ATM BSN

1. Masukkan Kad BSN dan no PIN (6 digit) anda.

2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin

3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA

4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM” (rujuk anda lepasan apa)

5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau MyKad anda.

6. ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.

7. Semak Maklumat.

8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan

9. Resit Dicetak.

10. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan anda semasa permohonan nanti.

* Senarai kategori pembelian nombor pin UPU sesi 2018/2019 sila rujuk di Portal BSN.

Selamat membuat pembelian no pin UPU di BSN untuk kemasukan UA/ IPTA sesi akademik 2018/2019. Semoga anda berjaya mendapat tempat pengajian di Universiti Awam Malaysia.

Leave a Reply

%d