Permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (APM) Online

Permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (APM) Online | Anda berminat menjadi sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)? Sudahkah anda mendaftar sebagai sukarelawan APM? Panduan buat anda yang ingin menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, dimana anda boleh membuat Permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam secara online di portal ASPA.

Permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (APM) Online

Untuk makluman anda, Angkatan Pertahanan Awam dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dimana ia ditukarkan nama mulai tahun 2016. Sukarelawan Pertahanan Awam adalah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana Pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada.

Permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (APM) Online

Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah dan manfaat serta aplikasi online :

Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam

1. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

2. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.

3. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.

4. Tidak menyertai badan beruniform yang lain.

5. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Cara Permohonan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Online

Berikut adalah cara memohon Sukarelawan Pertahanan Awam secara online :

1. Permohonan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL).

2. Sila klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran ASPA” untuk membuat permohonan.

3. Selepas itu, skrin borang permohonan online akan dipaparkan seperti di dalam gambar dibawah:

4. Isikan maklumat. Sila pastikan semua ruangan bertanda * diisi, jika tidak, permohonan dianggap tidak lengkap dan tidak dapat dihantar.

5. Selepas selesai, tekan butang “SIMPAN” di bahagian bawah skrin untuk menghantar permohonan. Sistem akan memaparkan mesej rekod anda berjaya disimpan. Ia menandakan permohonan anda berjaya dihantar untuk diproses.

6. Sekiranya ada mesej ralat yang dipaparkan, sebagai contoh, ada maklumat yang tidak dilengkapkan atau permohonan anda telah wujud, ia menandakan permohonan anda tidak berjaya dihantar.

Faedah Menyertai Anggota

● Belajar cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)

● Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)

● Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri

● Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana

● Belajar tatacara berpakaian seragam

● Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi

● Dapat belajar seni mempertahankan diri

● Dapat belajar membaca peta dan kompas

● Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas

● Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending

● Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)

● Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup

● Dapat belajar asas kebombaan

● Dapat belajar asas menyelamat

● Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku

Kemudahan-Kemudahan

1. Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan

2. Mendapat elaun berkhidmat

3. Menerima bounti (Saguhati) tahunan

4. Mendapat Uniform percuma

5. Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia

Semakan Status Permohonan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam Online

Untuk membuat semakan status permohonan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) secara online di portal http://aspa.civildefence.gov.my/force/aspa/checkapplication.

Untuk makluman dan keterangan lanjut, sila hubungi :

Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan

Bahagian Pengurusan Angkatan,

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,

Jalan Padang Tembak

50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-2687 1309/ 1310

Email : cpt_ippa@civildefence.gov.my

Selamat membuat pendaftaran anggota sukarela Pertahanan Awam (APM) secara online.  Semoga anda berjaya berkhidmat sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam.

Leave a Reply

%d