Permohonan IPG 2018 Institut Pendidikan Guru Online

Permohonan IPG 2018 Institut Pendidikan Guru Online | Adakah anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017? Bilakah tarikh permohonan IPG ambilan sesi 2018? Menerusi makluman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, bagi anda yang berkelayakan dan berminat boleh membuat Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2018 menerusi secara online. Dijangka permohonan baru IPG akan dibuka pada bulan Mac 2018.

Permohonan IPG 2018 Institut Pendidikan Guru Online

Untuk makluman program ini direka khusus bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah KPM membabitkan pelbagai khusus bagi keperluan di sekolah rendah. Pelajar PISMP perlu mengikuti pengajian selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester bagi melayakkan mereka memperolehi Ijazah Sarjana Muda sebelum ditempatkan mengajar di sekolah seluruh Malaysia. Bagaimanapun calon perlu memenuhi syarat kemasukan dan kelayakan asas ke IPG 2018 terlebih dahulu.

Permohonan IPG 2018 Institut Pendidikan Guru Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi tarikh dan aplikasi permohonan IPG PISMP:

● Tarikh Permohonan: Akan dikemaskini (Dijangka minggu ke-4 bulan Mac 2018)

● Aplikasi Online : IPG PISMP

Cara Permohonan IPG 2018 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan IPG PISMP ambilan 2018 secara online:

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my 

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.

6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Syarat Permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM

Antara syarat kelayakan IPG Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah seperti berikut :

Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997.

3. Sihat tubuh badan dan tidak ada penyakit kronik.

4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat Akademik

5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).

6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah Lulus Bahasa Inggeris.

7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk disini 👉 Senarai Lengkap Bidang Pengkhususan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3,BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6693/6689/6627/6720/6733/6730/6731/6758/6760/6768/6769

Selamat membuat permohonan IPG PISMP ambilan 2018! Semoga anda berjaya mendapat tawaran IPG dan dapat berbakti mengajar di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: