Permohonan Pengambilan TLDM 2018 Perajurit Muda Online

Permohonan Pengambilan TLDM 2018 Perajurit Muda Online | Anda berminat menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)? Bilakah tarikh Pengambilan Perajurit Muda TLDM Sesi 2018? Berita baik buat anda yang ingin menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Perajurit Muda? Untuk makluman menerusi Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia, pihak TLDM kini mempelawa belia/beliawanis tanah air yang berkelayakan bagi pengambilan Laskar Kanan TLDM 2018.

Permohonan Pengambilan TLDM 2018 Perajurit Muda Online

Bagi yang berminat boleh membuat permohonan secara online mulai sekarang untuk pengambilan perajurit muda TLDM 218/18 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM. Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM yang sihat tubuh badan dan mempunyai akademik yang baik layak membuat Permohonan TLDM 2018. Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda 218/2018.

Permohonan Pengambilan TLDM 2018 Perajurit Muda Online

Berikut dikongsikan adalah Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2018

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

4. Taraf perkahwinan bujang.

5. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

6. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

7. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

8. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

9. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Cara Permohonan Perajurit Muda TLDM 2018

Permohonan pengambilan TLDM 2018 boleh dibuat secara online di laman web www.mafhq.mil.my/. Bagi anda yang kali pertama membuat permohonan, daftar terlebih dahulu manakala mereka yang pernah daftar hanya perlu login akaun.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh terus hubungi di talian 03- 20713303/ 3177.

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia 2018 secara online. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tentera laut ambilan 2018.

Leave a Reply

%d bloggers like this: