Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2017/2018 Online

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2017/2018 Online | Anda telah membuat pendaftaran pilihanraya SPR 2017? Bilakah tarikh pilihanraya umum SPR ke-14? Sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak bersuara dan wajib membuat pendaftaran pemilih untuk melayakkan diri anda mengundi dalam pilihanraya (PRU14) yang dijangka diadakan pada awal tahun 2018. Bagi anda yang telah melepasi 21 tahun dan ke atas sudah tentunya mempunyai pilihan untuk menentukan kerajaan yang layak mentadbir negara masa kini.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2017/2018 Online

Berikut dikongsikan cara Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR secara online buat panduan bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran pengundi SPR yang sah. Dengan itu anda boleh buat semakan tempat mengundi bagi lokasi daerah, DUN dan Parlimen yang boleh disemak secara online dan melalui SMS. Jom buat semakan nama daftar pemilih dan lokasi mengundi sekarang!

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2017/2018 Online

Berikut adalah maklumat tentang cara semakan daftar pemilih pilihanraya SPR yang boleh disemak secara online termasuk lokasi tempat, daerah mengundi, DUN dan Parlimen :

Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi Online

1. Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi : KLIKSINI

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan masukkan aksara captcha.

3. Klik ‘SEMAK‘ dan dipaparkan maklumat anda.

Semakan Daftar Pemilih Bagi Isi Rumah

Untuk kemudahan SPR juga menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih daripada seorang pemilih iaitu semakan daftar pemilih bagi isi rumah.

○ Cara Semak : Klik ISI RUMAH

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Melalui SMS

○ Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> IC dan hantar SMS ke 15888.

Syarat Layak Mendaftar Pemilih SPR

● Seorang warganegara Malaysia.

● Sudah mencapai umur 21 tahun dan ke atas.

● Menetap di mana-mana Bahagian Pilihanraya di Malaysia.

● Tidak hilang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa.

Pusat Pendaftaran

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia

Aras G, Menara SPR

No.2, Jalan P2T, Presint 2

62100 Putrajaya

No. Telefon: 03-88927000

(b) Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri

(c) Maklumat pejabat-pejabat pos

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.

Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/

(f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Cara Mendaftar Pengundi Pilihanraya SPR 2018

Berikut adalah cara mendaftar pemilih SPR sebagai pengundi sah pilihanraya ke-14 :

Cara Daftar Pengundi di Pejabat Pos

1) Hadir ke Pejabat Pos dan ambil no giliran anda.

2) Setelah nombor anda dipanggil cakap “saya nak daftar sebagai pengundi” dan hulurkan nombor kad pengenalan anda.

3) Tidak perlu isi borang sebab staf Pejabat Pos akan key-in ke dalam komputer mereka.

4) Selepas borang siap diisi dengan lengkap.

5) Kemudian dicetak dan perlu turunkan tandatangan dan cap jari untuk pengesahan. Siap!

Jom buat pendaftaran sebagai pengundi yang sah untuk pilihanraya umum ke-14. Selamat membuat pendaftaran pemilih pilihanraya ke-14 dan semakan daftar pemilih nama SPR.

Leave a Reply

%d