Semakan Keputusan SPM 2017 Online & SMS

Semakan Keputusan SPM 2017 Online & SMS | Adakah anda calon SPM tahun 2017? Bilakah tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 akan dikeluarkan? Panduan buat pelajar yang ingin membuat semakan keputusan SPM 2017. Untuk makluman menerusi laman rasmi KPM, semakan keputusan SPM 2017 boleh dibuat secara online pada minggu kedua bulan Mac 2018. Berdasarkan tahun sebelum ini, keputusan SPM 2016 diumumkan pada 16 Mac 2017.

Semakan Keputusan SPM 2017 Online & SMS

Oleh itu, calon disarankan sentiasa melayari laman web rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh sebenar keputusan SPM 2017. Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang peperiksaan SPM anda boleh membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019 untuk lanjutan pengajian ke universiti awam di Malaysia.

Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara semakan keputusan SPM 2017 termasuk meliputi tarikh dan aplikasi semakan online :

○ Tarikh Semakan: 15 Mac 2018

A. Semakan Secara Online

Untuk pengetahuan, calon boleh membuat semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 secara atas talian adalah seperti berikut :

○ Aplikasi Semakan :  SPPAT

Nota : Sistem aplikasi bagi semakan keputusan SPM secara online hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi.

B. Semakan Melalui SMS

○ Taipkan: SPM<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>No. Angka Giliran dan Hantar SMS ke 15888.

○ Contoh: SPM 990527031234 WY001A040 dan hantar SMS ke 15888.

Cara Mendapatkan Slip Keputusan SPM 2017

A. Calon Sekolah

Bagi calon sekolah biasa boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing pada tarikh diumumkan mulai jam 10 pagi.

B. Calon Persendirian

Bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2017

* tarikh penyemakan semula keputusan SPM 2017 boleh dibuat sejurus keputusan rasmi telah diumumkan.

Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan SPM 2017 secara online. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017 dan berpeluang tinggi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: