Semakan Keputusan STPM 2018 Penggal 1 Online & SMS | Adakah anda calon peperiksaan STPM 2018? Bilakah tarikh semakan keputusan Penggal 1 STPM 2018? Panduan buat calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan STPM 2018 bagi Penggal 1 dimana anda boleh membuat semakan keputusan P1 STPM 2018 secara online dan SMS mulai 27 Februari 2018. Bagi pelajar untuk dapatkan slip peperiksaan Penggal 1 STPM 2018, sila hadir ke sekolah masing-masing.
Semakan Keputusan STPM 2018 Penggal 1 Online & SMS
Berikut dikongsikan adalah cara semakan keputusan Penggal 1 STPM 2018 termasuk tarikh dan aplikasi online :
Tarikh Semakan Keputusan STPM Penggal 1 2018
Untuk calon-calon peperiksaan boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian boleh dapatkan slip melalui pos.
○ Penggal 1 STPM 2018 : 27 Februari 2018 bermula jam 10.00 pagi
○ Penggal 1 STPM 2017 : 16 Februari 2017 bermula jam 10.00 pagi
Cara Semakan Keputusan STPM Penggal 1 2018 Online
A. Semakan Keputusan Penggal 1 STPM 2018 Online
1. Untuk buat semakan keputusan, anda boleh layari ke aplikasi online di pautan MPM STPM .
2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan calon dan klik butang Hantar.
3. Keputusan peperiksaan akan dipaparkan dan anda boleh mencetak slip keputusan bagi calon sekolah atau institusi.
Nota : Keputusan peperiksaan penggal tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.
B. Semakan Keputusan Penggal 1 STPM 2018 Melalui SMS
Selain aplikasi online, calon juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM 2018 menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 27 Februari 2018 adalah seperti berikut :
○ Taip : STPM RESULTP1 No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
○ Contoh : STPM RESULTP1 960152265781 dan hantar ke 15888.
* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan setiap penghantaran manakala 20 sen dikenakan untuk penerimaan SMS.
Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM 2018 secara online dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan mencapai cita-cita anda.