Semakan Status BR1M 2018 Online | Adakah anda pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018? Bilakah tarikh masuk duit PTPTN 2018? Seperti sedia maklum, Permohonan BR1M 2018 telah dibuka mulai November 2017 hingga 31 Disember 2017. Anda boleh membuat Permohonan BR1M 2018 secara online di portal rasmi eBR1M. Sudah pastinya anda ternanti-nanti status permohonan BR1M 2018 anda sama ada lulus atau pun tidak.
Bagaimana cara semakan status BR1M 2018? Untuk pengetahuan, pemohon boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2018 secara online dan beberapa kaedah yang lain. Pemberian BR1M 2018 masih dikekalkan dengan jumlah maksimum sebanyak RM1,200.
Semakan Status BR1M 2018 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan status BR1M 2018 termasuk cara pemohonan dan aplikasi online :
○ Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2018
○ Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 Baharu
Cara Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online
A. Semakan Status BR1M 2018 Online
○ Aplikasi Online : https://ebr1m.hasil.gov.my/
B. Semakan Status BR1M 2018 Aplikasi Mobile BR1M
Muat turun Aplikasi Mobile BR1M di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS.
C. Semakan Status BR1M 2018 Melalui Email
Permohonan BR1M akan dimaklumkan ke alamat email anda sama ada lulus atau pun tidak.
Maksud Status Permohonan BR1M Dipaparkan
Berikut adalah status permohonan BR1M 2018 yang dipaparkan selepas menyemak status BR1M :
1. DIDAFTARKAN : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini.
2. DITERIMA : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima.
3. DALAM PROSES : Permohonan dalm proses semakan dan verifikasi kelayakan.
4. DITANGGUHKAN : Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan.
5. LULUS : Permohonan telah diluluskan atau berjaya.
6. TIDAK LULUS : Permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya.
7. STATUS KREDIT TIDAK BERJAYA : Surat makluman lulus gagal kredit akan diposkan kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau kemusykilan tentang permohonan BR1M 2018 online, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emel ke br1m@treasury.gov.my.
Selamat membuat semakan status Permohonan BR1M 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat bantuan kewangan ini sekaligus membantu kos sara hidup seharian anda.