Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan 15 Mac 2018

Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan 15 Mac 2018 | Adakah anda calon peperiksaan SPM tahun 2017? Bilakah tarikh keputusan SPM 2017 yang akan diumumkan? Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, dimana tarikh keputusan SPM akan diumumkan pada 15 Mac 2018. Untik pengetahuan, peperiksaan SPM tahun 2017 telah diadakan bermula pada 6 November sehingga 4 Disember 2017. Kini para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing sebagai syarat untuk membuat permohonan UPU kemasukan ke universiti awam di Malaysia.

Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan 15 Mac 2018

Berdasarkan tarikh-tarikh keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan tahun sebelumnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac setiap tahun untuk mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia boleh diambil secara rasmi.

Tarikh Keputusan SPM 2017 Diumumkan 15 Mac 2018

Berikut adalah merupakan tarikh rasmi keputusan Peperiksaan SPM tahun 2017 akan diumumkan :

○ Tarikh Semakan : 15 Mac 2018

Berikut merupakan tarikh-tarikh keputusan SPM dikeluarkan untuk tahun sebelumnya :

● SPM tahun 2016: 16 Mac 2017

● SPM tahun 2015: 3 Mac 2016

● SPM tahun 2014: 3 Mac 2015

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2017 Secara Online Dan SMS

Untuk pengetahuan calon lepasan SPM tahun 2017, berpandukan cara semakan keputusan sebelum ini terdapat dua kaedah yang boleh digunakan sama ada secara online dan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

A. Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

○ Aplikasi Semakan : http://sppat.moe.gov.my/semakan/

○ Sila tekan sistem aplikasi SPPAT dan masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang telah disediakan.

Nota : Sistem aplikasi tersebut hanya akan diaktifkan setelah tarikh rasmi keputusan peperiksaan telah diumumkan.

B. Semakan Keputusan Peperiksaan Secara SMS

○ Taip: SPM No Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

○ Contoh: SPM 990523121234 WY189A123 sms ke 15888

Nota : Sistem aplikasi tersebut hanya akan diaktifkan setelah tarikh rasmi keputusan peperiksaan telah diumumkan.

Cara Mendapatkan Keputusan Penuh SPM 2017

Bagi calon sekolah, anda boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Manakala, bagi calon persendirian, anda akan dimaklumkan melalui Pos, atau boleh hubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bahagian tempat mendaftar SPM.

Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan SPM 2017 secara online atau menerusi SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang sekaligus berpeluang tinggi melanjutkan ke Universiti Awam Malaysia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: