Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam Wanita Mengandung

Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam Wanita Mengandung | Adakah anda penjawat awam di Malaysia? Berita baik buat anda penjawat awam lantikan tetap dan kontrak yang mengandung lima (5) bulan dan ke atas dibenarkan pulang awal satu jam lebih awal daripada masa bekerja biasa yang dikuatkuasakan mulai pada 1 Januari 2018. Menerusi portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), telah mengumumkan pelaksanaan kebenaran awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung. Manfaat ini juga turut dinikmati suami yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam dan bekerja di lokasi yang berdekatan boleh pulang bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam Wanita Mengandung

Pada masa ini, pegawai wanita telah diberikan kemudahan Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak. Selaras dengan keprihatinan berterusan terhadap pegawai wanita, Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan satu lagi inisiatif iaitu memberi kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas. Kemudahan ini diberi demi kebajikan dan keselamatan pegawai wanita.

Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam Wanita Mengandung

Borang permohonan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam Wanita Mengandung boleh diisi dengan sekali sahaja untuk setiap kehamilan. Borang ini perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.

Muat turun borang pekeliling ini DISINI.

Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam Wanita Mengandung

Borang Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam Wanita Mengandung

Syarat Pekeliling Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Penjawat Awam

Pelaksanaan umum kemudahan ini adalah seperti berikut:

a) Kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak (contract of service);

b) Pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini;

c) Pegawai boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa, bermula apabila pegawai wanita mengandung lima bulan dan ke atas;

d) Kemudahan ini akan tamat sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh mulanya Cuti Bersalin, mengikut mana yang terdahulu; dan

e) Penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. Borang ini perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.

Kemudahan ini dipanjangkan kepada pegawai lelaki tertakluk kepada syarat berikut:

a) pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas; dan

b) isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan untuk menggunakan kemudahan ini dan pegawai hendaklah melengkapkan borang permohonan seperti di Lampiran A. Borang ini diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan isteri pegawai dan dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.

Selamat membuat Permohonan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam bagi penjawat awam wanita yang mengandung.

Leave a Reply

%d