Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online | Anda ada akaun SSPN? Bagaimana cara buka akaun SSPN-i dengan mudah dan cepat? Untuk pengetahuan anda kini pendaftaran akaun SSPN-i boleh dibuat secara online tanpa perlu melalui mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN. Disini KerjayaGraduan kongsikan cara buka akaun SSPN-i Plus secara online.

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Berikut adalah maklumat tentang cara buka akaun SSPN-i Plus online termasuk syarat kelayakan, manfaat SSPN-i dan aplikasi permohonan online :

Apakah itu SSPN-i?

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Manfaat dan Keistimewaan SSPN-i

SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

i) Patuh syariah.

ii) Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga  RM12,000.00 setahun.

iii) Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

iv) Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.

v) Tiada pemeriksaan kesihatan.

vi) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai  pendapatan.

vii) Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.

viii) Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.

ix) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.

x) Layak memohon pinjaman PTPTN.

xi) Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

xii) Simpanan dijamin kerajaan.

Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i

1. Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia.

2. Pendeposit boleh membuka akaun untuk dirinya sendiri.

3. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama.

5. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Daftar Akaun SSPN-i Plus Online

Pendaftaran akaun SSPN-i Plus boleh dibuat online tanpa anda hadiri ke pejabat PTPTN. Untuk mendaftar SSPN-i Plus Online sila klik ke link di bawah ;

● Klik : PENDAFTARAN SSPN-i

1. Isikan maklumat dengan lengkap dan fahami semua terma dan syarat permohonan dahulu.

2. Setelah isi borang, anda dikehendaki untuk memasukkan deposit ke dalam akaun tersebut.

3. Bayaran boleh dibuat secara online banking atau kad kredit.

Selamat membuat permohonan akaun SSPN-i secara online. Semoga perkongsian ini berguna kepada pemohon untuk membuka akaun SSPN-i.

Leave a Reply

%d