Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online | Adakah anda anak jati Negeri Sabah dan Wilayah Labuan? Anda ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah di Universiti Awam (UA) Malaysia? Panduan buat anda yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa kemasukan ke UA/ IPTA sesi 2018, dimana anda boleh membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah atau lebih dikenali sebagai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2018.
Untuk makluman anda, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) adalah merupakan biasiswa pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di universiti tempatan. Permohonan BKNS 2018 boleh dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my dijangka akan dibuka pada pertengahan bulan Mac 2018.
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2018 termasuk syarat kelayakan, aplikasi online dan bidang pengajian layak dipohon :
Syarat Kelayakan Permohonan BKNS 2018
Had Umur
○ Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
○ Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
Syarat Kelayakan Akademik BKNS 2018
A. Kursus Diploma
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
B. Kursus Sarjana Muda
1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
3. Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
4. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
5. Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
C. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
1. Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/ Diploma/ Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
2. Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
Bidang dan Peringkat Pengajian
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
● Juruukur
● Pertanian
● Jurukur Bahan
● Perakaunan
● Kejuruteraan
● Sains Tulen
● Kesihatan dan Perusahaan Ternak
● Seni Bina (Architecture)
● Pengurusan Hartanah
● Teknologi Maklumat
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
● Akuakultur ● Perikanan
● Ekonomi ● Pertanian
● Farmasi ● Perubatan
● Perhutanan ● Kejuruteraan
● Komunikasi ● Psikologi
● Matematik ● Sains Alam Sekitar
● Muzik ● Sains Biologi Marin
● Pengajian Islam ● Sains Komputer
Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online
Permohonan BKNS 2018 boleh dibuat secara online di portal http://www.biasiswa.sabah.gov.my/.
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk menampung kos pengajian anda.