Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 Online Bagi Ijazah Sarjana & PHD | Adakah anda pelajar Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran (PHD)? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, menerusi portal Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan kepada pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 secara online. Untuk pengetahuan Program MyBrain15 terdiri daripada MyMaster dan MyPhD bagi pelajar Ijazah Sarjana & Ijazah Kedoktoran (PHD).
MyMaster dan MyPhD merupakan Program MyBrain15 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana & Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PHD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Secara tak langsung dapat meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 Online Bagi Ijazah Sarjana & PHD
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan MyBrain15 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :
Syarat Permohonan MyBrain15 2018
Antara syarat kelayakan permohonan MyBrain15 bagi program MyMaster dan MyPHD sesi 2018 :
1. Warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur.
3. Pemohon mestilah:
● Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap.
● Kakitangan swasta.
● Pensyarah IPTS.
● Kakitangan kerajaan/ badan berkanun/ IPTA (kontrak/ sambilan/ sementara).
● Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA
4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.
6. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.
7. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
Syarat Akademik Permohonan MyBrain15 2018
Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
● Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 – 4.00 atau setara.
● Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf kepada Ijazah Kedoktoran oleh Senat IPT.
● Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.75 – 4.00 atau Kelas Pertama.
Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan
(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin dan pelajar perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.
(b) Pelajar yang melanggar Perjanjian seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal dalam pengajian atau berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau ganti rugi.
Cara Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 MyPHD Online
Berikut adalah cara permohonan MyMaster dan MyPHD secara online :
1. Permohonan MyMaster dan MyPHD perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15. Permohonan secara manual tidak dibenarkan.
2. Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.
Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Kepada Bahagian Biasiswa
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
● Salinan Surat Tawaran Program MyMaster/MyPhD.
● Satu (1) keping gambar pemohon berukuran passport.
● Borang Permohonan Online MyMaster/ MyPhD yang telah diitandatangani.
● Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan.
● Research proposal yang telah disahkan oleh penyelia (wajib bagi mod penyelidikan).
● Salinan transkrip akademik tertinggi (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana) yang telah disahkan.
● Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT yang telah disahkan.
● Borang Pengesahan Maklumat Pemohon Program MyBrain15 yang telah dilengkapkan.
● Slip/dokumen pengesahan pendaftaran pengajian di IPT (bagi MyPhD kategori P1 sahaja).
● Tiga (3) set Perjanjian yang telah dilengkapkan dan dimatikan setem.
● Satu (1) salinan Kad Pengenalan penjamin yang telah disahkan.
● Borang Maklumat Bank dan salinan muka depan buku akaun/penyata Bank Islam yang telah disahkan (bagi MyPhD kategori P1 sahaja).
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi ;
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(U.P : Unit MyBrain15)
Selamat membuat Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 secara online. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan dijadikan rujukan untuk semua.