Permohonan Timur Tengah KPT Sesi 2018/2019 Online

Permohonan Timur Tengah KPT Sesi 2018/2019 Online | Adakah anda pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau lepasan SPM 2017? Panduan buat anda lepasan STAM yang baru saja menerima keputusan STAM 2017 dan juga pelajar lepasan SPM yang berhasrat dan memenuhi kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah di Mesir dan Jordan bagi sesi 2018/2019. Bagi pemohon yang berminat boleh membuat Permohonan Timur Tengah KPT sesi 2018/2019 secara online di portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.

Permohonan Timur Tengah KPT Sesi 2018/2019 Online

Permohonan ini telah dibuka di atas talian bermula daripada 17 Januari 2018 jam 12.00 tengah hari sehingga 2 Februari 2018 bagi lepasan STPM manakala untuk lepasan SPM ditutup pada 20 Mac 2018 iaitu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi. Untuk makluman, permohonan Timur Tengah KPT ini hanya ditawarkan dalam bidang Pengajian Islam, Pergigian, Perubatan dan Farmasi sahaja. KPT tidak melantik mana-mana AGEN bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Permohonan Timur Tengah KPT Sesi 2018/2019 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Timur Tengah KPT 2018 bagi lepasan STPM dan SPM yanv meliputi tarikh permohonan, syarat kelayakan dan aplikasi online :

Tarikh Penting Permohonan Timur Tengah KPT 2018

○ Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : Bermula dari 17 Januari 2018 sehingga 2 Februari 2018.

○ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM : Bermula dari 17 Januari 2018 sehingga 29 Mac 2018.

○ Aplikasi Online : https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/

Cara Permohonan Timur Tengah KPT Sesi 2018/2019 Online

Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut sebelum dan semasa mengisi permohonan secara atas talian;

1. Pastikan anda membaca panduan dan prosedur permohonan melanjutkan pengajian di Timur Tengah (Mesir dan Jordan) sebelum mengisi permohonan atas talian.

2. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan atas talian. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan anda adalah betul dan tepat.

3. Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem e-timurtengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah bagi melengkapkan maklumat permohonan.

4. Anda hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Anda juga dinasihati supaya membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

5. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum tekan butang simpan dan hantar.

6. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh akhir permohonan.

7. Pastikan permohonan dihantar dengan menekan butang hantar selewat-lewatnya pada tarikh akhir permohonan.

Nota :

● Bagi yang ingin tahu prosedur permohonan Timur Tengah (Mesir dan Jordan) 2018 boleh rujuk di Prosedur Dan Panduan Terkini Timur Tengah 2018.

● Untuk semakan syarat kelayakan permohonan ke Universiti di Timur Tengah, anda boleh rujuk di SYARAT TIMUR TENGAH.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi

Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 6627 / 6226

No. Faks : 03-8870 6853

Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my

Fb : Education Malaysia Division

Selamat membuat Permohonan Timur Tengah KPT 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti di Timur Tengah sesi akademik 2018/2019.

Leave a Reply

%d