Permohonan UMK Sesi Akademik 2018 Online | Adakah anda lepasan Diploma/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam ambilan kedua sesi Februari 2018? Panduan buat anda bagi pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2018. Untuk makluman, Permohonan UMK Februari 2018 telah dibuka mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Permohonan kemasukan ke UMK ambilan Februari 2018 boleh dibuat secara manual iaitu dengan mengisi borang permohonan UMK dengan memuat turun BORANG INTAKE FEB 2018 UMK. Untuk pengetahuan anda, permohonan UMK adalah salah satu pengambilan kedua oleh Universiti Awam (UA) di Malaysia untuk program Ijazah Sarjana Muda. Selain UMK, terdapat beberapa UA yang lain turut menawarkan kemasukan ambilan kedua Februari 2018 seperti UM, UTM, UPSI, UIAM, UiTM dan UniMAP.
Permohonan UMK Sesi Akademik 2018 Online
Berikut adalah maklumat tentang Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UMK Semester 2 sesi 2018 termasuk syarat kelayakan, tarikh dan cara permohonan :
Tarikh Penting Permohonan UMK Februari 2018
● Tarikh Permohonan DIBUKA : 1 November 2017
● Tarikh Permohonan DITUTUP : 31 Disember 2017
Cara Permohonan Universiti Malaysia Kelantan Februari 2018
Berikut adalah borang permohonan UMK 2018 dengan memuat turun melalui link di bawah :
○ KLIK 👉 BORANG UMK FEBRUARI 2018
Cara Hantar Borang Permohonan UMK 2018
Anda diberikan dua cara atau pilihan untuk menghantar borang permohonan UMK sesi 2018 seperti berikut ;
1. Sila SCAN DAN EMAIL borang yang telah lengkap diisi bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan Pemohon, Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa, Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/Setaraf dan Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan yang telah disahkan kepada E-mail : akademik@umk.edu.my atau ;
2. Pos ke alamat ;
Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Beg berkunci No. 01
16300 Bachok Kelantan
Nota : Borang bersama dokumen yang lengkap mestilah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 DISEMBER 2017.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :
Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Beg berkunci No. 01
16300 Bachok Kelantan atau ;
Tel : 09-7797023 / 7010 / 7027 atau ;
Faks : 09-7797002
Selamat membuat Permohonan UMK Sesi Akademik 2017/18 bagi Program Ijazah Sarjana Muda. Semoga anda berjaya mendapat penempatan kemasukan ke UMK Semester 2 sesi 2018.