Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2018

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2018 | Adakah anda ingin melanjutkan pengajian ke UA/ IPTA di Malaysia? Anda ingin membuat pembayaran yuran dengan pinjaman pendidikan yang lebih awal iaitu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)? Untuk pengetahuan, anda boleh membuat pinjaman pendidikan Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sebanyak RM1,500 sebelum memasuki ke IPTA dan Politeknik di Malaysia.

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2018

WPP sebanyak RM1,500 merupakan sebahagian daripada pinjaman pendidikan yang diberikan lebih awal sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 dari jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik selama tiga semester ke hadapan sebaik sahaja pelajar menerima pinjaman.

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN termasuk syarat kelayakan dan proses penerimaan WPP :

Syarat Kelayakan Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria berikut:-

i. Penjaga pelajar/pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

ii. Warganegara Malaysia.

iii. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam &  Politeknik.

iv. Tidak pernah menerima WPP.

Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Berikut adalah proses penerimaan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) :

1. Anda hendaklah membuat persetujuan menerima WPP semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

2. Waran diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik dalam peringkat Diploma dan Ijazah Pertama melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pendaftaran.

3. Anda dikehendaki hadir di mana-mana kaunter CIMB Bank dengan membawa bersama MyKad dan waran WPP.

Nota Penting : Sekiranya anda menolak tawaran ke IPT, WPP tidak perlu ditunaikan. Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, anda dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta’wid sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 7 dari tamat waran.

Selamat membuat Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) untuk kemasukan IPTA.

Sumber : PTPTN

Leave a Reply

%d