Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2018 Online

Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2018 Online | Adakah anda pelajar tingkatan 3 dan lepasan PT3 2017 yang membuat permohonan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) sesi 2018? Bilakah tarikh semakan keputusan KV dan SMT 2018 bagi kemasukan Tingkatan 4? Panduan buat pemohon dimana anda boleh membuat semakan permohonan KV & SMT 2018 secara online pada 15 Januari hingga 22 Januari 2018.

Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2018 Online

Semakan Keputusan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan tawaran KV dan SMT 2018 termasuk tarikh semakan dan aplikasi online. Semakan keputusan ke GIATMARA & WISDEC juga boleh dibuat pada tarikh yang sama.

Tarikh Semakan Keputusan KV dan SMT 2018

● Tarikh Semakan : 15 Januari hingga 22 Januari 2018

● Tarikh Pendaftaran : 23 Januari 2018 (Aliran Perdana) dan 12 Februari 2018 (Aliran PAV)

Aplikasi Semakan KV dan SMT 2018 Tingkatan 4 Online

Berikut adalah aplikasi semakan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik secara online di pautan ;

○ Klik 👉 https://sptv.moe.gov.my

Tarikh Penting Kemasukan Kolej Vokasional, SMT, GIATMARA dan WISDEC 2018

○ Sesi Pemilihan/ Temubual : 4 Januari – 14 Januari 2019

○ Semakan Keputusan Tawaran KV & SMT : 15 Januari – 22 Januari 2018

○ Bagi Murid Lepasan PAV  2017, surat tawaran akan diedarkan melalui KV yang dimohon : 24 Januari – 12 Februari 2018

○ Pendaftaran Murid Aliran Perdana : 23 Januari 2018

○ Walk- in/rayuan : 24 Januari – 28 Februari 2018

○ Pendaftaran Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) : 12 Februari 2018

Permohonan Rayuan KV dan SMT 2018 Online

Bagi pemohon yang gagal mendapat penempatan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  ambilan Januari 2018, pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan KV dan SMT dengan menghubungi pihak institusi yang terlibat mulai 24 Januari sehingga 28 Februari 2018 (Aliran Perdana) dan 13 Februari sehingga 28 Februari 2018 (Aliran PAV).

Selamat membuat semakan keputusan tawaran KV dan SMT 2018 bagi kemasukan pelajar Tingkatan 4. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tempat ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan sesi 2018.

Leave a Reply

%d bloggers like this: