Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2018 MPM

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2018 MPM | Anda bercadang ingin mendaftar peperiksaan MUET sesi 2018? Bilakah tarikh dan jadual peperiksaan MUET 2018? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA/IPTA. Menurut daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan kalendar peperiksaan MUET 2018 termasuk tarikh penting peperiksaan Ujian Bertulis dan Ujian Speaking. Buat pelajar yang ingin layak ke IPTA sekurang-kurangnya lulus peperiksaan MUET dengan keputusan Band 3.

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2018 MPM

Untuk pengetahuan calon, peperiksaan MUET atau Malaysian University English Test akan diadakan sebanyak 3 sesi pada setiap tahun iaitu pada sesi Mac, Julai dan November 2018. Dengan itu, pelajar boleh merangka jadual dan memilih tarikh yang sesuai untuk anda menduduki peperiksaan MUET.

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2018 MPM

Berikut dikongsikan adalah Kalendar Peperiksaan MUET 2018 termasuk memaparkan tarikh penting Ujian Bertulis dan Ujian Speaking :

Jadual Peperiksaan MUET Sesi Mac 2018

○ Tarikh Pendaftaran Dibuka : 1 November 2017

○ Tarikh Tutup Pendaftaran : 10 Januari 2018

○ Tarikh Ujian Speaking : 27, 28 Februari dan 1, 5, 6, 7 Mac 2018

○ Tarikh Ujian Bertulis : 10 Mac 2018

BACA JUGA : Cara Pendaftaran MUET Mac 2018 Online

Jadual Peperiksaan Muet Sesi Julai 2018

○ Tarikh Pendaftaran Dibuka : 1 Mac 2018

○ Tarikh Tutup Pendaftaran : 9 Mei 2018

○ Tarikh Ujian Speaking :  9, 10, 11, 12, 16 dan 17 Julai 2018

○ Tarikh Ujian Bertulis : 21 Julai 2018

Jadual Peperiksaan MUET Sesi November 2018

○ Tarikh Pendaftaran Dibuka : 1 Jun 2018

○ Tarikh Tutup Pendaftaran : 1 Ogos 2018

○ Tarikh Ujian Speaking : 24, 25, 26, 27 September dan 1, 2 Oktober 2018

○ Tarikh Ujian Bertulis : 29 September 2018

Download Kalendar MUET 2018

Untuk mendapatkan jadual MUET 2018 dalam bentuk PDF, anda boleh memuat turun menerusi link di MPM. Kalendar MUET ini tertakluk kepada perubahan jika ada.

Info Tambahan :

● Calon dinasihatkan membeli dahulu nombor pin MEC MUET di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seunit RM100 (tak termasuk caj GST) sebelum mendaftar online.

● Calon dinasihatkan untuk membuat semakan slip daftar MUET 2018 online sebelum hadir ke dewan peperiksaan.

Selamat membuat pendaftaran peperiksaan MUET sesi 2018. Semoga perkongsian tentang Kalendar Peperiksaan MUET 2018 ini dapat dijadikan panduan buat semua calon.

Leave a Reply

%d