Semakan Keputusan STAM 2017 Online & SMS

Semakan Keputusan STAM 2017 Online & SMS | Adakah anda calon STAM tahun 2017? Bilakah tarikh rasmi keputusan STAM 2017 diumumkan? Panduan buat anda pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017, dimana menerusi makluman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh semakan keputusan STAM 2017 yang boleh disemak pada hari Khamis, 18 Januari 2018 bermula jam 10.00 pagi.

Semakan Keputusan STAM 2017 Online & SMS

Untuk semakan keputusan STAM 2017 kali ini tidak boleh disemak secara online. Anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan STAM 2017 menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Para pelajar boleh mendapatkan slip peperiksaan STAM 2017 melalui sekolah masing-masing pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan STAM 2017 Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh keputusan peperiksaan STAM termasuk cara semakan dan aplikasi online :

Tarikh Semakan Keputusan STAM 2017

● Tarikh Semakan : 18 Januari 2018 (Khamis) jam 10.00 pagi

● 2016 : 19 Januari 2017

● 2015 : 21 Januari 2016

Cara Semakan Keputusan STAM 2017

Antara kaedah semakan keputusan peperiksaan STAM 2017 yang boleh dibuat secara online dan melalui SMS :

A. Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017 Online

Semakan keputusan peperiksaan STAM 2017 boleh disemak online menerusi pautan aplikasi ;

● Klik Semak : SPPAT

● Sila masukkan nombor kad pengenalan dan no angka giliran.

B. Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017 Melalui SMS

Semakan keputusan STAM 2017 boleh dibuat menerusi SMS apabila perkhidmatan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada tarikh pengumuman keputusan.

○ Taip STAM ANGKA GILIRAN dan hantarkan SMS ke 15888.

○ Contoh STAM MQ027S025 dan hantarkan SMS ke 15888.

* Caj penghantaran RM0.15 sen manakala caj penerimaan adalah RM0.20 sen (tidak termasuk GST).

* Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik terlalu tinggi.

Nota Penting :

● Untuk pelajar yang ingin mendapatkan slip peperiksaan STAM 2017 sebenar, anda perlu hadir ke sekolah masing-masing atau Jabatan Pendidikan Negeri mengikut tempat berdaftar.

Selamat membuat semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang STAM. Bagi yang berminat melanjutkan pengajian ke IPTA, anda boleh membuat Permohonan UPU 2018/2019 yang akan dibuka pada 5 Februari 2018.

 

 

Leave a Reply

%d