Permohonan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018

Permohonan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 | Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Awam Malaysia? Anda memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan kewangan tahun 2018? Berita baik kepada pelajar khususnya dalam pengajian Ijazah Sarjana dan PHD, dimana kini anda boleh membuat Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom tahun 2018 secara online di portal eSila JPA. Biasiswa ini hanya terbuka kepada pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan  Ijazah Kedoktoran (PHD).

Permohonan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018

Untuk makluman, permohonan bagi Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018 telah dibuka mulai 13 Disember 2017 sehingga 22 Februari 2018. Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel UK. Bagi calon yang merupakan kakitangan Kerajaan, pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018.

Permohonan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018

Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 termasuk syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Komanwel United Kingdom adalah seperti berikut:

Calon mestilah :

1. Seorang pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional yang kini berkhidmat secara sepenuh masa.

2. Telah disahkan menjadi sebahagian daripada skim perkhidmatan pada tarikh tutup (22 Februari, 2018).

3. Tidak berumur lebih dari 50 tahun untuk mereka yang ingin mengikuti pengajian PhD, dan berumur 45 tahun untuk mereka yang mengikuti pengajian Master (sehingga 1 Januari 2018).

4. Mencapai purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) minima 85% selama 3 tahun berturut-turut (2014, 2015, 2016) .

5. Bebas tuduhan / hukuman kerana isu disiplin dan tidak pernah disabitkan / dituduh di mahkamah.

6. Tidak tersenarai di bawah senarai hitam JPA.

7. Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara untuk SATU tahun yang akan datang ATAU kursus lain untuk DUA tahun akan datang (berkuatkuasa dari 1 Disember 2017).

8. Kursus pengajian yang dipohon mestilah berkaitan dengan bidang tugas perkhidmatan.

9. Tidak menerima apa-apa jenis penajaan lain.

10. Mengikuti kursus yang merupakan tahap pengajian yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik tertinggi sedia ada.

Cara Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 Online

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh memuat turun borang Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 menerusi pautan di bawah :

1. Anda perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian (online) di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my.

2. Anda perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web UK Commonwealth Scholarships melalui pautan berikut:

○ Calon Ph.D

http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/eas/applicants/phd-scholarships-low-middle-income-countries/

○ Calon Sarjana

http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/eas/applicants/masters-scholarships/

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut hubungi di talian berikut ;

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan

No. Tel : 03- 88853546

BACA JUGA :

● Senarai Biasiswa 2018 Malaysia 

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: