Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2018

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2018 | Adakah anda pelajar yang bakal melanjutkan pengajian atau sedang belajar di universiti awam dan swasta? Berita baik kepada pelajar khususnya anak jati negeri Johor yang memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa di IPTA/ IPTS. Untuk makluman, kini Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2018 telah menawarkan kepada pelajar yang memenuhi kelayakan untuk membuat permohonan YPJ 2018 secara online di portal rasmi YPJ.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2018

Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2018 bagi sesi pertama dalam peringkat Diploma dan Ijazah. Permohonan ini telah dibuka bermula daripada 21 Januari 2018 sehingga 8 Februari 2018.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2018

Berikut adalah cara permohonan pinjaman pelajaran YPJ 2018 termasuk syarat kelayakan, dokumen penting dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Permohonan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2018

Antara syarat-syarat kelayakan pinjaman pelajaran YPJ adalah seperti berikut :

1. Lahir dan menetap di Johor.

2. Mendapat tawaran kemasukan atau sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.

3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.

4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.

5. Kursus yang diikuti mestilah sepenuh masa pengajian.

6. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).

7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).

8. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2018 Online

● LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di pautan www.ypj.gov.my atau www.bantuanpendidikanypj.com. Pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif.

● LANGKAH 2: Semak emel untuk mencetak slip permohonan.

● LANGKAH 3: Hantar slip permohonan disertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

● LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).

● LANGKAH 5: Permohonan yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon.

● LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel yang diterima.

Dokumen Penting Permohonan YPJ

Berikut adalah dokumen penting yang perlu disertakan ketika membawa surat permohonan pinjaman pelajaran YPJ :

a) Slip permohonan

b) Salinan kad pengenalan pemohon atau ibubapa/penjaga

c) Salinan sijil kelahiran

d) Salinan surat tawaran ke IPT

e) Salinan sijil SPM atau sijil berhenti Sekolah

f) Slip gaji/ pengesahan pendapatan ibu dan bapa/ penjaga.

g) Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor (YPJ) 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan.

Leave a Reply

%d