Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 | Adakah anda pelajar atau pencari kerja yang ingin mengetahui tentang pendidikan MARA? Bilakah tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018? Berita baik buat anda yang menanti-nanti Karnival Pendidikan MARA dimana ia akan berlangsung pada bulan Mac di 6 lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia. Selain karnival ini turut berlangsung adalah Karnival Pendidikan Tinggi 2018 yang akan diadakan bermula dari bulan Januari sehingga bulan April 2018. Bagi anda yang ingin membuat Permohonan UPU, sila layari ke Permohonan UPUOnline 2018/2019. Berikut dikongsikan adalah jadual dan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018.

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018

Untuk makluman tujuan utama Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah memberi peluang kepada lepasan sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini di IPTA, IPTS dan IPma. Dengan adanya karnival ini anda boleh dapat kaunseling pendidikan & kerjaya, permohonan terus & temuduga terbuka dan juga boleh menyemak baki tunggakan pinjaman MARA.

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018

Berikut adalah maklumat tentangsite Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 yang mengandungi tarikh, lokasi dan negeri/ zon :

Aktiviti Menarik Karnival Pendidikan MARA

Di antara aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA 2018 adalah seperti berikut :

○ Photobooth

○ Ceramah Kerjaya

○ Pendaftaran Online Institusi Pendidikan MARA

○ Maklumat Pendidikan IPTA & IPma

○ Kaunseling Kerjaya

○ Cabutan Bertuah

○ Jualan Usahawan

○ Food Truck

○ Pendaftaran Alumni MARA

ZON TENGAH

KUALA LUMPUR : 10-11 Mac 2018 di Lobi Medan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera Aras 6, Kuala Lumpur.

ZON TIMUR

TERENGGANU : 14-15 Mac 2018 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

ZON SELATAN

JOHOR : 17-18 Mac 2018 di Plaza Angsana, Johor Bahru

ZON SARAWAK : 17-18 Mac 2018 di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak

ZON UTARA

KEDAH : 21-22 Mac 2018 di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani

ZON SABAH : 24-25 Mac 2018 di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018

NOTA : Pameran bermula jam 10 pagi hingga 6 petang di semua lokasi.

Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 ini dapat dijadikan panduan kepada semua pelajar dan pencari kerja. Selamat berkarnival!

Leave a Reply

%d