Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2018/2019

Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2018/2019 | Adakah anda pelajar lepasan SPM/ Setaraf atau STPM/ Setaraf yang ingin menyambung pelajaran ke Universiti Awam (UA)/ IPTA sesi akademik 2018/2019? Sistem UPU atau juga dikenali sebagai BPKP JPT adalah bahagian yang menyelaraskan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik Premier/ Konvensional/ METro, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman pelajar, pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan UPU sesi akademik 2018/2019 untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang dibuka pada 5 Februari 2018 sehingga 10 April 2018.

Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2018/2019

Sebelum membuat Permohonan UPU, pastikan dapatkan nombor pin unik ID UPU 2018/19 dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan anda. Tarikh pembelian no pin UPU 2018 akan mula dibuka pada 5 Februari 2018 sama seperti tarikh Permohonan UPU sesi 2018/2019. Setelah adanya nombor pin UPU ini, barulah pemohon layak membuat permohonan UPU sesi akademik 2018/2019 secara atas talian (online) di portal rasmi UPU.

Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2018/2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat  tentang permohonan UPU sesi akademik 2018/2019 termasuk kategori kelayakan, tarikh pembelian pin UPU, cara memohon dan cara hubungi :

Kategori Layak Permohonan UPU 2018/2019

● Lepasan SPM/ Setaraf

(Asasi, Diploma dan Sijil di UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)

– SPM 2017

– SPM 2016

– SPM 2015

● Lepasan STPM/ Setaraf

(Ijazah Sarjana Muda di UA)

– STPM 2017

– Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2017/2018

– STAM 2016 & 2017

– Diploma/ Setaraf

Tarikh Beli No Pin UPU 2018/2019

Berikut adalah tarikh pembelian no pin UPU sesi akademik 2018/2019 seperti :

● Tarikh Dibuka : 5 Februari 2018 sehingga 9 April 2018

● Harga : RM15.60 (Tiada GST dikenakan ke atas Permohonan UPUOnline)

● Cara pembelian : Kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN) & mesin ATM BSN

Cara Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2018/2019

● Permohonan dibuka : 5 Februari 2018

● Permohonan ditutup : 10 April 2018

● Aplikasi permohonan online : http://upu.mohe.gov.my/web/

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/.

Selamat membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019. Semoga anda berjaya mendapat penempatan kemasukan ke Universiti Awam / IPTA di Malaysia.

Leave a Reply

%d