Pengambilan Tentera Udara TUDM 2018 Online

Pengambilan Tentera Udara TUDM 2018 Online | Anda berminat ingin menjadi sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk ambilan sesi 2018? Bilakah tarikh pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara 2018? Panduan buat anda yang memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi Perajurit Muda TUDM, dimana pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berminat untuk menghadiri siri temuduga perajurit muda udara siri 59/18 lelaki terkini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2018.

Pengambilan Tentera Udara TUDM 2018 Online

Untuk makluman, calon boleh membuat permohonan TUDM secara online mulai sekarang untuk Pengambilan Perajurit Muda Udara TLDM 59/18 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat di dalam pelbagai kepakaran dan cawangan kemasukan sesi Julai 2018. Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM, SKM dan Diploma yang sihat tubuh badan boleh mengemukakan permohonan TUDM dan calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara TUDM 2018.

Pengambilan Tentera Udara TUDM 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TUDM 2018

A. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. SYARAT KELAYAKAN ASAS

1. Umur. Pemohon mesti berusia diantara 18 hingga 25 tahun pada 1 JULAI 2018.

2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa alat bantuan.

3. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:

a. Berat Badan Minimum. 47.5 kg.

b. Ketinggian Minimum. 1.62 meter.

c. Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25.

d. Ukuran Dada Minimum. 76 cm (keadaan biasa).

4. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.

5. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Cara Permohonan Pengambilan Tentera Udara TUDM 2018 Online

Berikut adalah cara permohonan pengambilan Tentera Udara TUDM 2018 (Lelaki Sahaja) secara online :

1. Pemohon boleh mengisi borang permohonan TUDM 2018 secara online menerusi pautan ini : e-BORANG TUDM 2018

2. HANYA CALON YANG MENGISI BORANG ATAS TALIAN serta MEMENUHI SYARAT yang telah dinyatakan berpeluang terpilih untuk ke pemilihan awal. Mana-mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran / walk-in TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

3. Tarikh tutup permohonan. 19 Januari 2018.

Jadual Senarai Diploma Tugas Khusus

Pengambilan Tentera Udara TUDM 2018 Online

KETERANGAN LANJUT :

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7 MENARA

TH SELBORN 153 JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR

NO TEL : 03-2681 2412/2413

LAMAN SESAWANG RASMI :

www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini

FACEBOOK PAGE (Interaktif) :

www.facebook.com/kerjayatudm

Selamat membuat Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 59/18 bagi Lelaki secara online. Semoga anda berjaya dalam sesi temuduga tentera udara ambilan Julai 2018.

Leave a Reply

%d