Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 Online | Adakah anda telah membuat permohonan baru atau kemaskini BR1M 2018? Bilakah tarikh tutup permohonan BR1M 2018? Panduan buat anda golongan yang berkelayakan yang memenuhi syarat kelayakan BR1M untuk membuat Permohonan dan juga kemaskini BR1M 2018 secara online di portal web rasmi BR1M. Untuk pengetahuan anda, Permohonan baru Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan kemaskini sedia ada boleh mula dibuat pada 27 November 2017 sehingga tarikh akhir permohonan pada 31 Disember 2017.
Seperti anda tahu, permohonan baru adalah bagi mereka yang belum pernah lagi memohon bantuan BR1M atau pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M tahun sebelum ini. Manakala pula kemaskini BR1M 2018 perlu dilakukan oleh pemohon sekiranya terdapat perubahan maklumat yang baru seperti nombor telefon, alamat rumah, jumlah tanggunggan, kematian suami/ isteri, nombor akaun bank dan seumpamanya.
Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 Online
Berikut adalah maklumat tentang permohonan BR1M 2018 termasuk sekali memaparkan cara kemaskini BR1M 2018 dan aplikasi online :
Permohonan BR1M 2018 Online dan Borang
Bagi pemohon baru, anda boleh membuat Permohonan BR1M 2018 secara online atau manual mengisi borang menerusi pautan di bawah ;
● Aplikasi Permohonan Online : https://ebr1m.hasil.gov.my/.
● Untuk Permohonan BR1M 2018 secara manual (Borang) boleh dapatkan borang Permohonan BR1M 2018 melalui Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau muat turun di portal rasmi e-BR1M.
Nota Penting : Borang Permohonan BR1M 2018 yang telah diisi dengan lengkap dan sempurna boleh dihantar ke cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau UTC dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2017.
Cara Kemaskini BR1M 2018 dan Borang
Untuk kemaskini data maklumat baru BR1M 2018 boleh dibuat dengan pengemaskinian BR1M secara online dan manual (isi borang) :
A. Kemaskini BR1M 2018 Online
● Layari ke portal web rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/.
● Klik menu ‘Kemaskini Permohonan’.
● Masukkan nombor kad pengenalan dan klik kemaskini permohonan.
● Ikuti arahan dan lengkap maklumat anda yang sahih dan terkini.
B. Kemaskini BR1M 2018 Manual (Borang)
● Layari ke portal web rasmi di https://ebr1m.hasil.gov.my/ dengan memuat turun borang kemaskini BR1M 2018 atau ;
● Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN.
Sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan maklumat lanjut tentang BR1M 2018 boleh terus hubungi LHDNM di atas talian bebas 1800882716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 0388824565/ 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini BR1M 2018 secara mudah menerusi online. Selamat membuat permohonan dan kemaskini BR1M 2018.