Permohonan Jawatan Kosong Polis 2018 PDRM

Permohonan Jawatan Kosong Polis 2018 PDRM | Anda berminat menjadi seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Jadi bagaimana cara memohon jawatan kosong polis PDRM 2018? Panduan buat anda menerusi portal Polis Diraja Malaysia, dimana anda boleh membuat permohonan jawatan kosong PDRM secara online di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut dikongsikan adalah cara permohonan jawatan kosong PDRM 2018 online.

Permohonan Jawatan Kosong Polis 2018 PDRM

Bagi warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat Permohonan Polis 2018 dengan membuat pendaftaran borang SPA8i secara online. Pemohon boleh menyemak status Permohonan pengambilan PDRM 2018 secara online di SEMAK PDRM.

Permohonan Jawatan Kosong Polis 2018 PDRM

Berikut adalah cara permohonan pendaftaran SPA bagi jawatan kosong PDRM 2018 :

Syarat Permohonan Jawatan Kosong Polis 2018

Antara syarat-syarat terkini permohonan polis PDRM adalah seperti berikut :

a. Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun.

b. Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan daripada 15 jawatan sahaja.

c. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja. Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.

d. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Polis 2018 Online

Permohonan jawatan kosong di PDRM adalah melalui pendaftaran Borang SPA8i seperti berikut :

1. Aplikasi Permohonan : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Pemohon perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i.

3. Bagi yang ingin mendaftar dan tidak mempunyai ID akaun, anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu sebelum mengisi borang.

Untuk makluman jawatan di Suruhanjaya Pasukan Polis seperti Inspektor, Sarjan dan Konstabel, syarat lantikan dan deksripsi tugas, pemohon boleh buat semakan di pautan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03- 22668349/ 8350/ 8351.

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Polis 2018 PDRM secara online di portal SPA. Semoga anda berjaya menjawat jawatan sebagai anggota Polis Diraja Malaysia dan berkhidmat untuk negara.

Leave a Reply

%d bloggers like this: