Permohonan Latihan Separa Perubatan 2018 Online | Anda ingin bekerja di sektor kerajaan sebagai Latihan Separa Perubatan? Seperti kebiasaannya setiap tahun akan dibuka Permohonan Latihan Separa Perubatan buat mereka yang berkelayakan dan berminat bekerja dalam perkhidmatan kerajaan. Untuk bulan Januari 2018 akan dibuka pengisian jawatan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Seperti tahun lalu tarikh tutup permohonan Separa Perubatan pada 15 Januari 2017 jam 11.59 malam. Untuk pengambilan tahun 2018 masih belum dikeluarkan lagi tarikh permohonan Latihan Separa Perubatan 2018. Bagi calon yang berkelayakan anda boleh membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan 2018 secara online di portal SPA untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.
Permohonan Latihan Separa Perubatan 2018 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan permohonan Latihan Separa Perubatan 2018 SPA termasuk tarikh buka dan tutup, senarai pusat separa perubatan dan cara hubungi :
Apa itu Separa Perubatan?
Latihan Separa Perubatan adalah kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi lepasan SPM yang berusia di antara 17 tahun hingga 25 tahun. Untuk latihan separa perubatan terdapat 11 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.
Kursus ini mengambil masa selama 3 tahun bagi program Diploma manakala untuk bertaraf Sijil adalah 2 tahun sahaja. Pelatih akan menerima elaun setiap bulan dan turut disediakan kemudahan-kemudahan di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Sejurus tamat pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
1. Latihan Jururawat
2. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
4. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
5. Latihan Juru X-Ray
6. Latihan Jururawat (PSL)
7. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
8. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
10. Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
3. Latihan Jururawat Masyarakat
Cara Permohonan Latihan Separa Perubatan
Untuk mendaftar atau membuat permohonan Latihan Separa Perubatan, sila layari ke Portal SPA dan klik Borang Pendaftaran SPA Online.
Semoga perkongsian mengenai permohonan Latihan Separa Perubatan 2018 ini dapat membantu anda memohon separa perubatan secara mudah dengan online di portal SPA. Selamat membuat pendaftaran separa perubatan ambilan 2018 dan moga berjaya.