Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018 Online | Anda kakitangan awam di Malaysia? Adakah anda sudah memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda khususnya kepada kakitangan awam yang berkelayakan dan berminat boleh membuat Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018 secara online. Menerusi pembentangan Bajet 2018, kerajaan masih meneruskan skim perumahan PPA1M ini dengan memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion termasuk skim yang lain seperti 210,000 PR1MA, 17,300 PPR dan 3,000 Rumah Mesra Rakyat.
Untuk pengetahuan anda, PPA1M adalah merupakan satu skim rumah mampu milik khas untuk kakitangan kerajaan. Skim PPA1M ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 2013 bagi membantu penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli serta memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga berpatutan. Di bawah skim khas ini, Kerajaan telah menetapkan untuk menyediakan sejumlah 100,000 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam menjelang akhir tahun 2018.
Permohonan PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018 termasuk syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan cara hubungi :
Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018
1. Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan boleh memohon.
2. Warganegara Malaysia sahaja.
3. Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak juga layak memohon.
4. Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa, namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaja bagi setiap isi rumah.
5. Moratium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/ isteri atau anak-anak.
Cara Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018
Berikut adalah cara memohon PPA1M 2018 secara online menerusi :
1. Pendaftaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 2018 boleh dibuat secara atas talian (online) di portal https://www.ppa1m.gov.my/ dan anda akan mendapat notifikasi kata laluan melalui email.
2. Lihat pelancaran produk projek terbaru PPA1M dan boleh memilih lokasi pilihan anda.
3. Anda log masuk ke https://sppa1m.gov.my untuk membuat permohonan.
4. Pilih jenis unit yang ada bagi satu-satu projek pilihan anda. Anda dikehendaki menyemak kelayakan pinjaman dengan LPPSA/ bank komersial terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah.
5. Pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang akan diguna oleh Unit PPA1M.
6. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email, SMS dan paparan di dalam website PPA1M.
7. Anda dimohon untuk menyediakan bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli.
8. Anda dikehendaki menguruskan permohonan pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan atau bank komersil dan perlu mendapat kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual Beli.
9. Sebaik sahaja semua dokumen lengkap ditandatangi, kunci dan hartanah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PPA1M.
Nota Penting :
● Bagi anda yang ingin memilih rumah dalam program PPA1M, anda boleh rujuk di Projek Baru PPA1M.
Sebarang maklumat atau keterangan lanjut tentang Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) boleh diperolehi daripada:
Unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 PUTRAJAYA
No. Tel.: 03 – 8880 5118
No. Faks: 03 – 8880 5119
Laman Web: www.ppa1m.gov.my
Perbadanan Putrajaya
Jabatan Perancang Bandar
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24 Persiaran Perdana, Presint 3
62675 PUTRAJAYA
No. Tel.: 03 – 8887 7165
No. Faks: 03 – 8887 5003
Laman Web: www.ppj.gov.my
Selamat membuat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 2018 dengan mudah secara online. Semoga anda berjaya mendapat perumahan PPA1M ini dan dapat mendiami rumah idaman anda.
Sumber : PPA1M