Permohonan TUBE Mega 2018 : Modal Mulakan Perniagaan Golongan Belia | Adakah anda golongan Belia warganegara Malaysia bertaraf bumiputera? Anda ada minat dalam bidang perniagaan tapi tidak tahu mulakan? Panduan buat anda khususnya Belia Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan, dimana anda boleh membuat Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2018 yang telah dibuka secara atas talian (online) mulai 18 Disember 2017 sehingga 21 Januari 2018. Untuk pengetahuan anda, program TUBE Mega ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan di Malaysia.
Program TUBE juga merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan, dimana Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program TUBE sejak pada tahun 2014 lagi. Secara tak langsung program ini turut menyokong dasar pembangunan belia negara dalam bidang keusahawanan di Malaysia untuk masa hadapan.
Permohonan TUBE Mega 2018 : Modal Mulakan Perniagaan Golongan Belia
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2018 termasuk cara memohon, tarikh penting dan syarat kelayakan :
Syarat Kelayakan Permohonan TUBE 2018
Kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat Permohonan TUBE Mega 2018 adalah :
1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun pada tarikh tutup permohonan.
● Pemohon dilahirkan di Malaysia;
● Salah seorang ibu / bapa dilahirkan di Malaysia.
2. Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi atau pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan.
3. Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, ia mestilah kurang 12 bulan berdaftar dengan SSM pada tarikh tutup permohonan dalam talian.
● Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama
● Bagi graduan universiti, pendaftaran dengan SSM mestilah kurang 24 bulan.
● Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
4. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak.
● Tidak mempunyai alahan yang serius
● Tidak pernah menjalani pembedahan atau mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan.
● Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
5. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.
6. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis.
7. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan ;
8. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta;
9. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.
Tarikh Penting Permohonan TUBE 2018
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan TUBE 2018 seperti ;
○ Permohonan Online : 18 Disember 2017 – 12 Januari 2018
○ Sesi Temuduga : Januari / Februari 2018
○ Tempoh Latihan di Kem (Fasa 1 & 2) : 3 – 23 Mac 2018 (21 Hari)
○ Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) : Jun 2018 – Mei 2019
Cara Permohonan TUBE Mega 2018 Online
Berikut adalah cara Permohonan Tube Mega 2018 secara online ;
○ Aplikasi Permohonan Online : https://tube.smecorp.gov.my/signin.php
Nota Penting :
● Permohonan dalam talian dibuka mulai 18 Disember 2017 sehingga 12 Januari 2018 sahaja.
● Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
● Permohonan boleh dibuat sekali sahaja.
● Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
● Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang “Sah & Hantar”.
● Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah & Hantar”.
● Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.
Untuk mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut tentang Permohonan Program TUBE 2018 ini boleh hubungi ke ;
SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Email: tube@smecorp.gov.my
Tel: 03-2775 6000
Infoline: 1-300-30-6000
Selamat membuat Permohonan TUBE Mega tahun 2018. Semoga anda terpilih dalam program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2018.