Tarikh Bayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Tarikh Bayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan | Adakah anda penjawat awam dan pesara kerajaan di Malaysia? Berita baik kepada 1.6 juta kakitangan awam yang bakal menerima RM1,500 sebagai bayaran khas/ bonus, dimana dijangka menerima bayaran bonus ini pada 8 Januari 2018. Manakala, pesara kerajaan pula akan menerima bayaran bonus dengan jumlah RM750 setahun. Pengumuman pembayaran bonus ini hasil daripada intipati pembentangan Bajet 2018 yang memberi wang insentif khususnya kepada kakitangan awam dan penerima pencen pesara kerajaan.

○ Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2018 klik Jadual Gaji 2018

Tarikh Bayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Pemberian bayaran bonus 2018 ini akan dibayar dua kali pada awal bulan Januari 2018 dan sempena Hari Raya Aidilfitri. Sebelum ini pesara kerajaan hanya menerima bayaran khas ini dengananda jumlah RM500. Dengan adanya bayaran bonus ini sedikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup harian dan juga sebagai inisiatif untuk penjawat kerajaan.

Tarikh Bayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting mengenai tarikh bayaran bonus 2018 kakitangan awam yang akan dibayar sebanyak dua kali pada awal Januari 2018 dan Hari Raya Aidilfitri 2018 :

● Kakitangan Awam : RM1,500

● Pesara Kerajaan : RM750

Tarikh Bayaran Bonus 2018

1. Tarikh Pembayaran Pertama : Pada 8 Januari 2018

● RM1,000 (Kakitangan Awam)

● RM500 (Pesara Kerajaan)

2. Tarikh Pembayaran Kedua : Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018

● RM500 (Kakitangan Awam)

● RM250 (Pesara Kerajaan)

BACA JUGA : Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2018 Pesara Kerajaan

Semoga perkongsian tentang tarikh bayaran bonus kakitangan awam 2018 ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada penjawat awam untuk membuat perbelanjaan seharian bersama seisi keluarga.

Leave a Reply

%d