Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS | Adakah anda peminjam pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Bagaimana cara semakan baki PTPTN dengan mudah? Panduan buat anda khususnya para siswazah yang telah membuat pembiayaan pinjaman PTPTN, dimana anda boleh membuat semakan baki PTPTN secara online dan SMS. Dengan adanya sistem online ini peminjam boleh mengetahui baki jumlah PTPTN dengan cepat dan tepat serta memudahkan pelajar membuat pembayaran hutang pinjaman.

Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Untuk makluman, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman pelajaran yang disediakan oleh kerajaan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/ IPTA di Malaysia. Secara tak langsung pinjaman ini dapat meringankan pelajar dengan kos sara hidup semasa pengajian. Bagi pelajar yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN mengikut jadual, berkemungkinan nama anda akan disenaraihitamkan “blacklist” oleh mana-mana bank melalui CCRIS.

Semakan Baki PTPTN Secara Online dan SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara semakan baki pinjaman PTPTN termasuk aplikasi online :

Cara Semakan Baki PTPTN Online

Bagi peminjam boleh membuat semakan baki PTPTN secara online menerusi pautan di bawah ;

1. Layari ke laman web klik 👉 http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung.

2. Klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang ‘SEMAK’.

2. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor pinjaman PTPTN dan tekan butang “SEMAK”.

Cara Semakan Baki PTPTN Melalui SMS

Peminjam juga boleh menyemak baki pinjaman PTPTN menerusi perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti ;

○ Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN danit hantarkan SMS ke 15888

Nota : Setiap SMS akan dikenakan caj penghantaran sebanyak RM0.15 manakala cas penerimaan dikenakan sebanyak RM0.20.

Untuk makluman dan keterangan lanjut, anda boleh hubungi PTPTN di talian hotline 03-20804455 atau layari akaun Twitter rasmi PTPTN di pautan https://twitter.com/twitptptn.

Selamat membuat semakan baki pinjaman PTPTN secara online dan SMS. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat anda untuk membuat pembayaran pinjaman PTPTN.

Leave a Reply

%d