Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN Online | Adakah pelajar lepasan SPM/ STPM atau setaraf yang ditawarkan melanjutkan pengajian ke UA/ IPTA tahun 2018? Anda memerlukan bantuan kewangan atau pinjaman pelajaran untuk lanjutan pengajian anda? Sering menjadi permasalahan dalam kalangan pelajar mengenai kos sara hidup dan pembiayaan yuran pengajian mungkin menjadi penghalang kenapa sesetengah yang tidak dapat menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Malaysia. Namun, sekarang anda tak perlu risau lagi adanya pinjaman pendidikan PTPTN yang boleh membantu kewangan anda. Berikut dikongsikan adalah permohonan pinjaman PTPTN secara online.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu pelajar IPTA/ IPTS dengan memberi pinjaman pelajaran. Dengan adanya pinjaman ini, secara tak langsung akan membolehkan pelajar membayar yuran pengajian sepenuhnya serta kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Bagaimana cara permohonan pinjaman pendidikan PTPTN online?
Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN Online
Berikut dikongsikan adalah mengenai cara permohonan pinjaman pendidikan PTPTN secara atas talian (online) termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :
○ Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2018
○ Semakan Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN
Syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN
Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN online adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
8. Tiada penaja lain;
9. Telah membuka akaun SSPN-i**
Nota Penting :
* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.
** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.
Cara Permohonan Pinjaman PTPTN Online
Berikut adalah cara memohon pinjaman pendidikan PTPTN secara online :
1. Pertama kali, anda perlu membuka akaun SSPN-i di mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i.
2. Setelah itu, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN di mana-mana cawangan kaunter BSN dengan nilai seunit hanya RM5.00. Nombor PIN ini perlu disimpan untuk membuat permohonan PTPTN secara online. Tempoh sah nombor PIN ini adalah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.
3. Seterusnya, anda boleh membuat pendaftaran permohonan PTPTN secara online menerusi laman web rasmi PTPTN. Diingatkan, laman web berkenaan hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas.
4. Selesai memohon pinjaman PTPTN, anda boleh membuat semakan permohonan pinjaman PTPTN untuk mengetahui status sama ada anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya.
5. Sekiranya permohonan PTPTN berjaya, anda perlu membuka akaun simpanan bank mengikut panel bank yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN kerana pembiayaan pinjaman anda akan terus ke bank tersebut.
Jadual Tarikh Tutup Permohonan PTPTN 2018
● Universiti Awam & Politeknik → KLIK SINI
● Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)→ KLIK SINI
Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang permohonan pinjaman pendidikan PTPTN boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 -20804455.
Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN 2018 secara online. Semoga anda mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bagi anda yang ingin dapatkan biasiswa pendidikan lain, boleh rujuk di laman web ini.