Semakan Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN | Adakah anda pemohon Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)? Sepertimana anda tahu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang berjumlah RM1,500.00 adalah sebagai persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik. Tetapi sebelum membuat permohonan anda perlu memenuhi syarat pemberian WPP terlebih dahulu. Bagi anda telah membuat Permohonan WPP tahun 2018, jom buat semakan tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman menerusi online.
Semakan Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN
Berikut adalah maklumat tentang semakan tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN termasuk syarat pemberian, aplikasi online dan proses pengagihan :
Syarat-Syarat Pemberian WPP
Pelajar harus memenuhi kriteria kelayakan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman seperti berikut :
1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.
2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia.
3. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja.
5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
Nota :
*Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.
Semakan Penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
○ Aplikasi Semakan Online : WPP
○ Sila masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang HANTAR untuk semakan.
Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP
1. Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
2. Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
3. Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
4. Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
5. Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.
Selamat membuat semakan tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN secara online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat ke IPTA dan Politeknik di Malaysia.