Syarat Kemasukan Maktab Perguruan 2018

Syarat Kemasukan Maktab Perguruan 2018 | Adakah anda berminat menjadi seorang pendidik? Bagaimana cara membuat Permohonan Maktab Perguruan IPG sesi 2018? Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh membuat Permohonan IPG 2018 secara online di portal KPM atau terus layari ke IPG PISMP. Seperti saban tahun, kemasukan pelajar dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dibuka secara atas talian pada pertengahan bulan Mac 2018.

Syarat Kemasukan Maktab Perguruan 2018

Institut Pendidikan Guru atau juga disebut sebagai Maktab Perguruan adalah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah. Program PISMP ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Sebelum itu anda perlu rujuk terlebih dahulu syarat kemasukan Maktab Perguruan 2018.

Syarat Kemasukan Maktab Perguruan IPG 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG) 2018 yang memaparkan syarat umum dan akademik bagi yang berkelayakan :

Syarat Umum IPG

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997.

3. Sihat tubuh badan dan tidak ada penyakit kronik.

4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat Akademik IPG

5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).

6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah Lulus Bahasa Inggeris.

7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk disini 👉 Senarai Lengkap Bidang Pengkhususan

Proses Permohonan Maktab Perguruan 2018

1. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.

2. UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS

● Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

● Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.

● Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.

● Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan

3. SESI TEMU DUGA

○ Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.

○ Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

SESI UJIAN AMALI.

○ Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani Ujian Amali semasa Temu duga.

4.  PEMILIHAN

● Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

5.  PENDAFTARAN :

● Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh KPM.

6. Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

7. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG,    temuduga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

8. Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online.

9.  PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

● Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

● Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Selamat membuat Permohonan Institut Pendidikan Guru IPG 2018 secara online. Semoga perkongsian tentang syarat kemasukan Maktab Perguruan ini dapat dijadikan panduan buat anda yang ingin menjadi seorang warga pendidik. Tahniah kepada yang berjaya dan menjadi guru di sekolah seluruh Malaysia.

Leave a Reply

%d