Tarikh Semakan Keputusan PT3 2017 Online dan SMS

Tarikh Semakan Keputusan PT3 2017 Online dan SMS | Bilakah tarikh semakan keputusan PT3 2017? Perhatian kepada pelajar khususnya calon yang telah menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 9 Oktober 2017 hingga 12 Oktober 2017 lalu, menurut daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengumumkan keputusan PT3 boleh disemak secara online pada hari Khamis, 14 Disember 2017 jam 10 pagi.

Tarikh Semakan Keputusan PT3 2017 Online dan SMS

Tarikh Semakan Keputusan PT3 2017 Online dan SMS

Berikut adalah maklumat tentang semakan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 termasuk tarikh dan cara mendapatkan keputusan PT3 :

Tarikh Keputusan PT3 2017

● Semakan Keputusan PT3 2017 : 14 Disember 2017 (Khamis)

Semakan Keputusan PT3 2017 Online

Berikut cara mendapatkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 adalah seperti :

● Bagi calon PT3 2017, anda perlu hadir ke sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh keputusan PT3 diumumkan yang dijangka pada 14 Disember 2017 hari Khamis.

● Pelajar perlu berpakaian sekolah semasa mengambil slip peperiksaan PT3 2017.

● Bagi calon persendirian, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mendapatkan slip peperiksaan PT3 sepertimana anda memohon untuk menduduki peperiksaan ini.

Berdasarkan tahun sebelum ini semakan keputusan PT3 secara online tidak disediakan dan calon perlu datang ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 pada tarikh dan masa yang ditetapkan di sekolah masing-masing.

Semakan Keputusan PT3 2017 SMS

Untuk pengetahuan calon tiada semakan keputusan PT3 2017 secara melalui SMS kerana tidak disediakan perkhidmatan ini. Anda hanya perlu hadiri ke sekolah masing-masing untuk mengambil slip peperiksaan PT3 pada tarikh keputusan diumumkan.

Semakan Semula Keputusan PT3 2017

Untuk calon yang ingin membuat semakan semula keputusan PT3 2017, anda perlu mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 2017 yang boleh diambil di sekolah masing-masing. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari sahaja sejurus selepas keputusan PT3 diumumkan.

Semoga perkongsian tentang semakan keputusan PT3 2017 ini dapat membantu anda mendapatkan slip keputusan peperiksaan hanya melalui sekolah masing-masing. Selamat maju jaya kepada semua calon.

Leave a Reply

%d