Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2018 | Anda ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) bagi Tingkatan Enam tahun 2018? Panduan buat anda calon lepasan SPM yang memilih untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2018. Bagi anda yang ingin menyambung pelajaran ke UA/ IPTA, anda perlu membuat Permohonan UPUOnline 2018. Berikut dikongsikan adalah jadual/ kalendar waktu peperiksaan STPM 2018 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2018
Berikut adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan STPM 2018 yang mengandungi tarikh penting peperiksaan STPM termasuk tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis serta tarikh ujian lisan bahasa Arab :
Jadual STPM 2018 Penggal Pertama
○ Tarikh peperiksaan bertulis : 15, 16, 20 dan 21 November 2017
Jadual STPM 2018 Penggal Kedua
○ Tarikh pendaftaran dibuka : 15 Jun 2018
○ Tarikh pendaftaran ditutup : 14 Julai 2018
○ Tarikh peperiksaan bertulis : 21, 22, 23 dan 24 Mei 2018
Jadual STPM 2018 Penggal Ketiga
○ Tarikh pendaftaran : 16 Jun hingga 14 Julai 2018
○ Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab : 25, 26 dan 27 September 2018 & 1, 2 dan 3 Oktober 2018
○ Peperiksaan bertulis : 13, 14, 15, 19 dan 21 November 2018
Jadual STPM Ulangan STPMU Penggal 1 2018
○ Tarikh pendaftaran : 2 April 2018
○ Tarikh Peperiksaan Bertulis : 22, 26, 27 dan 28 November 2018
Jadual STPM Ulangan STPMU Penggal 2 2018
○ Tarikh pendaftaran : 6 Ogos 2018
○ Tarikh Peperiksaan Bertulis : 29 November 2018 & 3, 4 dan 5 Disember 2018
Download Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2018
Bagi anda yang ingin mendapatkan jadual peperiksaan STPM 2018 dengan lengkap boleh muat turun dalam bentuk PDF melalui MPM.
Nota Penting Peperiksaan STPM 2018
1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2017 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2017 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
(a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
(b) Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut. (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).
5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).
6. Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dimuat naik.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my
Semoga perkongsian ini tentang jadual waktu peperiksaan STPM 2018 dapat dijadikan rujukan dan persiapan buat calon STPM untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Selamat maju jaya dan rajin mengulangkaji matapelajaran.