Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 Online

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 Online | Anda berminat menjadi seorang Pegawai Kadet Graduan ATM? Berita baik buat anda yang berkelayakan dan berminat kini anda boleh membuat Permohonan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 secara online di laman web http://www.mafhq.mil.my/. Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2017. Untuk makluman, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa lepasan graduan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPT dalam atau luar negara untuk berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Graduan Tahun 2018 dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 Online

Untuk pengetahuan, calon mestilah berumur 27 tahun ke bawah pada 31 Dis 2017, sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap. Bagi calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

○ Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online

Syarat Pelantikan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

1. Jantina. Lelaki dan wanita.

2. Umur. Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2017.

3. Fizikal :

a. Tinggi minimum

○ Lelaki : 1.68m  ○ Wanita : 1.57m

b. Berat minimum

○ Lelaki : 47.5kg ○ Wanita : 45kg

c. BMI : 18 hingga 26

4. Taraf kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dilaksanakan oleh Pegawai Perubatan ATM. Calon mestilah mempunyai penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

Kelayakan Akademik

● Kelulusan Asas – Lulus SPM/SVM dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.

● Kelulusan Pengajian Tinggi – Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas di dalam beberapa jurusan yang diperlukan.

Cara Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2018 Online

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan Pengambilan Pefawai Kadet Lepasan Ijazah bagi tahun 2018 di laman web portal ATM seperti di bawah ;

○ KLIK 👉 http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA

Iklan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 Online

Semakan Keputusan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018

Semakan boleh dibuat melalui atas talian di alamat http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA pada 24 Oktober 2017.

Selamat membuat Permohonan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2018 secara online. Moga anda berjaya mendapat menjadi anggota Pegawai Kadet Graduan ambilan 2018.

Leave a Reply

%d