Semakan Penyata Akaun SSPN-i Plus Online

Semakan Penyata Akaun SSPN-i Plus Online | Adakah anda sudah membuka akaun SSPN-i Plus? Bagaimana cara semakan penyata akaun SSPN-i Plus dengan mudah? Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan penyata atau baki akaun SSPN-i Plus secara online menerusi portal rasmi PTPTN. Dengan adanya cara ini memudahkan anda menyemak penyata tanpa perlu pergi ke cawangan PTPTN. Disini Kerjayagraduan kongsikan cara semakan penyata akaun SSPN-i Plus Online!

Semakan Penyata Akaun SSPN-i Plus Online

Semakan Penyata Akaun SSPN-i Plus Online

Berikut adalah maklumat tentang semakan penyata akaun SSPN-i Plus secara online termasuk aplikasi semakan :

● Langkah Pertama

Layari ke laman web rasmi PTPTN dengan klik pautan http://www.ptptn.gov.my/.

● Langkah Kedua

Pilih icon berwarna kuning ‘Semakan Penyata SSPN-i/ SSPN-i Plus’.

Semakan Penyata Akaun SSPN-i Plus Online

● Langkah Ketiga

Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit.

● Langkah Keempat

Pilih penyata sama ada Penyata Akaun SSPN-i atau Penyata Akaun SSPN-i Plus.

● Langkah Kelima

Sila daftar terlebih dahulu bagi pengguna baru sebelum boleh login masuk akaun. Kemudian dah daftar, login akaun anda.

● Langkah Keenam

Pilih ‘Penyata’ atau ‘Penyata Hasil’. Selesai boleh lihat penyata bulanan akaun SSPN-i Plus.

Kelayakan Pendaftaran SSPN-i Plus

Kelayakan :

1. Pendeposit

2. Warganegara Malaysia.

3. Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.

Penerima Manfaat :

Warganegara Malaysia.

Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.

Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

Lain-lain :

Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.

Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.

Keistimewaan SSPN-i Plus

1. Patuh syariah.

2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.

3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

4. Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal (kemalangan) sehingga RM 1,000,000.00.

5. Tiada pemeriksaan kesihatan.

6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

7. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.

8. Layak memohon pembiayaan pendidikan.

9. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

BACA JUGA : Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Selamat membuat semakan penyata akaun SSPN-i Plus secara online. Semoga perkongsian ini membantu anda dengan mudah.

Leave a Reply

%d